Monday, March 18, 2013

tentang perasaan......

 kisah ini mngkin mnjadi pngajaran kpd kita semua....
kisah ini adalah tntng perasaan seorang anak yang hendak dicurahkan kepada orang tuanya..........
pada suatu hari aku membaca surat yang diberikan oleh bapa kawanku kpdku utk ku baca.... tjuk surat tersebut adlh((jumpa aku di sebali pintu besia))
  surat itu berbunyi((sudah sekian lama ingn ku luah..... praasaan ini sudah lma ingn ku curah..tpi ibu dan ayah sbuk dngn msalah msing2....aku rsa hdupku tiada erti...bgaikan tiada siapa yg mmpeduli dan tiada siapa yg mnyayangi...hdupku tidap seperti remaja lain yg dpt brkongsi suka-duka dgn org tua mereka..rmah umpama medan perang ibu dan ayah yg mnyasarkankan aku sebagai musuh utk mlpaskan kmarahan..maafkan aku kerana ambl kptsan utk tnggalkan medan perang ini.... jngn kau cri lgi driku yg kau anggp musuh ini yg akn kau lpaskan kemarahan jika berlaku perselisihan..... jika aku xplmg dlm beberapa thun dan timbul niat dihatimu utk mncri ku...maka carilah dilorong2 gelap atau disebalik pintu besi kerana khidupan ku sdah tdak ada yg mempeduli...))

Wednesday, March 13, 2013

pesan pada diri dan sahabat yang ku kasihi


Wahai mata, janganlah menangis tersedu sedan meratapi setiap keperitan yang menjalar memakan perasaan.  Kerana kau harus percaya bahawa setiap  dugaan yang sedang kau rasa adalah takdir dari yang maha Esa.  Tiada duka yang akan abadi selamanya. Dan Allah maha perkasa menentukan segalaNya.  Redhalah dengan suratan yang telah di gariskan.  Maha Adil Allah akan menjadikan segalanya sempurna.
Lekak lekuk di kehidupan sementara ini adalah lubang-lubang yang perlu ditampung dengan kekuatan dan iman yang kukuh, barulah perjalananmu bisa menjadi sekuat aloi yang  tidak akan runtuh.
Wahai mulut, kau diciptaNya begitu unik dan tiada sesiapa yang bisa menggantikan fungsinya walaupun sebuah robot ciptaan manusia yang berharga sejuta.  Melaluinya, Allah menghadiahkan pula suara.  Dan aku mengharapkan suara yang akan dikeluarkan bukan segala jenis umpatan dan cacian terhadap kejadian yang terlihat di penglihatan.  Jadikanlah mulut itu sebagai saksi suara melafazkan ayat-ayat Allah dan memberikan nasihat dan kebaikan.
Wahai telinga, dengarkan segala nasihat-nasihat yang bernilai yang akan memimpinmu menjalani kehidupan ini dengan sempurna.  Tutuplah telinga mu dari mendengan suara-suara sumbang yang cuba membengkokkan jalan yang lurus, yang cuba melalaikan dan menidurkan mindamu dari berfikir perkara kebaikan.
Wahai jasad yang akan hancur lumat dimamah tanah, kau adalah amanah dari Allah.  Siapa kita untuk menjadi perosak diri? Tega sungguh wahai manusia jika kehidupan sementara yang dilalui diisi dengan melakukan maksiat yang hanya akan memakan diri.
Bukankah diri adalah amanah dari Allah untuk kita jaga dan lindungi dari azab api neraka?  Allah hadiahkan kita penglihatan, pendengaran, suara, sentuhan dan segala kemudahan. Dia tidak meminta bayaran di setiap sedutan udara yang kita gunakan.  Apakah hendak bersyukur dengan Alhamdulillah “ menyebut sepatah “pun terasa berat untuk di ucapkan?maka kita harus melaksanakan segala perintah-NYA dengan hati yang ikhlas.....